
Ada dua benda sahaja yang boleh aku tersentuh. Pertamanya keluarga, keduanya binatang.
Hal keluarga terlalu peribadi untuk diceritakan, kita cerita pasal binatang je lah ye.
Dan kali ini aku ada dua cerita di tempat yang sama cuma situasinya yang berbeza. Aku rasa macam nak mula dengan cerita yang positif dahulu.
******
Pernah dengar
Hachiko? Hachiko hanya seekor binatang, lebih tepat ianya seekor anjing. Anjing baka Akita. Apa istimewanya tentang Hachiko?
Tersangat istimewa. Dia anjing paling setia yang pernah diceritakan selepas kisah Ashabul Kahfi.
Hachiko adalah anjing yang setia kepada tuannya, seorang pensyarah di Universiti Tokyo, Hidesaburo Ueno. Rutin harian Hachiko hanya dengan menemani tuannya ke stesyen keretapi di Shibuya setiap kali pergi dan balik kerja. Uniknya, Hachiko akan menunggu tuannya di tempat yang sama dan waktu yang sama setiap hari.
Luar biasanya, selepas tuannya mati, Hachiko masih lagi menunggu tuannya setiap hari, dan di tempat yang sama selama 10 tahun selepas tuannya mati.
10 tahun! Dan Hachiko masih setia menunggu tuannya turun dari keretapi, sambut tuannya, dan teman tuannya pulang ke rumah, walaupun hakikatnya tuannya dah mati.
Kisah Hachiko dijadikan kenangan dan diabadikan di depan stesyen Shibuya.
Dan yang lebih menariknya, kisah Hachiko telah difilemkan dan dipersembahkan di layar perak,
Hachiko: A Dog's Story. Plotnya ditukar, bukan di Jepun, tapi di U.S. Cerita yang sangat menarik dan sedih. Rating: 8.1/10.
Aku dah lama tak tengok filem yang boleh buat aku touching gila babi macam ni. Anda wajib tengok!
*******
Masih lagi di Jepun. Tapi bukan lagi kisah setia seekor anjing. Untuk yang sudah tahu, Jepun memang tempat yang paling rancak memburu ikan paus dan dolphin. IWC sudah putuskan untuk banned kegiatan memburu Ikan Paus secara komersil pada tahun 1986, tapi ianya sekadar cakap kosong dan tiada apa tindakan pun sebenarnya dari kerajaan Jepun.
Bila tengok The Cove (thanks Ezzati) aku baru tahu, yang kerajaan Jepun tu sendiri yang cuba cover kegiatan memburu ikan paus/dolphin dengan cover up yang tak munasabah. Tradisi dijadikan alasan, kajian saintifik konon, tak perlu bunuh sehingga beribu ikan paus/dolphin jika yang dikaji hanyalah anatomi dan fisiologi ikan paus/dolphin. Sedangkan mereka sedang buru ikan paus/dolphin tanpa sebab yang munasabah.
Ya, tanpa sebab!
Dolphin memang sangat tinggi harganya jika dijual. $150,000 untuk setiap dolphin hidup. Tapi yang bodoh dan kejamya, dalam 30 ekor dolphin yang dikepung di persisir pantai Taiji, kurang dari 10 ekor dipilih untuk dilatih dan dijual, dan selebihnya akan dibunuh.
23, 000 ekor dibunuh setiap tahun.
Dibunuh untuk apa? Untuk dagingnya? Untuk dimakan?
Faktanya, daging dolphin terlalu tinggi kandungan merkurinya, iaitu 2000 ppm. lebih 2 ribu kali lebih tinggi dari kandungan merkuri dalam makanan laut biasa iaitu 0.4 ppm. 2000 ppm merkuri adalah terlalu terlalu bahaya untuk dimakan.
Jadi ianya dibunuh untuk apa? Siapa boleh jelaskan? Kenapa tak dilepaskan sahaja ? Seekor dolphin boleh hidup sampai 30 tahun dilaut, tetapi hanya 5 tahun sahaja di dalam sangkar.
Kejam sangat ke kita? Bangang sangat ke orang Jepun?
Sila tonton The Cove untuk buka mata anda.
Dude, dolphin tu cute gila kot, macam mana korang boleh sampai hati nak bunuh dia?